Friday, 27 April 2018

Cara Cara Pendaftaran Pemandu Uber

Uber boleh dijadikan dijadikan pendapatan utama ataupun sampingan.

Bandar-Bandar yang menpunyai perkhidmatan Uber

Buat masa ini, hanya Lembah Kelang, Johor Bahru, Penang, Kota Kinabalu, Kuching dan Ipoh mempunyai perkhidmatan Uber. Oleh itu, hanyalah bandar yang berikut mempunyai pemandu Uber.

Kelayakan

Pemandu Uber tidak memerlukan kelulusan sama sekali. Untuk menjadi pemandu Uber, anda hanyalah memerlukan sebuah kenderaan yang tidak lebih dari 10 tahun dan tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah. Jika anda tiada kereta, anda boleh mengunakan kenderaan ahli keluarga asalkan insurans/cover note mempunyai nama anda

  • Mempunyai kenderaan tidak melebihi 8 tahun
  • Mempunyai telefon pintar dengan pelan data
  • Mempunyai lesen memandu

*Pendaftaran adalah percuma, Uber tidak mengenakan apa apa bayaran untuk menjadi pemandu mereka.


Pendaftaran adalah percuma. Selepas anda mendaftar, Uber akan menghubungi anda untuk kursus. Sila bawa dokumen seperti Kad pengenalan dan Sijil Insurans Kereta bagi mengaktifkan akaun pemandu Uber. Selepas kursus 1 atau 2 jam, mereka yang layak akan diaktifkan dimana Uber Partner App mereka boleh digunakan untuk memandu.

Penggunaan Uber Partner App

Anda boleh mengunakan aplikasi Partner App bagi membawa penumpang dari Uber. Pengunaan App ini adalah disekat selagi dokumen anda belum disahihkan oleh Uber Malaysia.