Wednesday 14 June 2017

UBER DI KUALA TERENGGANU, BATU PAHAT DAN SANDAKAN


Uber ialah satu aplikasi yang memberi kemudahan dalam bidang pengangkutan di mana aplikasi tersebut boleh dimuat turun melalui Android atau IOS telefon pintar. Uber memainkan peranan penting kepada kedua pemandu dan penumpang. Kedua-duanya saling berkaitan untuk membuatkan uber berfungsi dan mendapat manfaat serta kedua – duanya oleh menikmati kelebihan Uber. Selain harga berpatutan, Uber mempunyai banyak kelebihan lain iaitu bersih, selesa, mudah kerana hanya menggunakan sentuhan jari sahaja, mempunyai pelbagai promosi, tidak boleh memilih pelanggan dan tiada caj tambahan.

Sudah 3 tahun Uber bertapak di Malaysia dan perkhidmatan ini mendapat sambutan baik dari penduduk Malaysia terutama di Kuala Lumpur. Sehingga hari ini permintaan untuk terhadap aplikasi Uber semakin meningkat. Uber telah pun melebarkan sayapnya di Kuala Lumpur, Johor Bharu, Penang, Ipoh, Kota Kinabalu Kuching, Melaka, Miri, Alor Setar dan Langkawi. Dengan pengenalan Uber di bandar-bandar baharu membuka luas lagi perkhidmatan uber di seluruh Malaysia pada tahun ini.

Sejak Mac 2017 yang lalu, rata – rata penduduk terutamanya di Kuala Terengganu, Batu Pahat dan Sandakan bertanyakan sama ada adakah aplikasi pengangkutan atas talian seperti Uber akan dilancarkan di kawasan mereka. Hal ini kerana bandar – bandar tersebut memerlukan kemudahan pengangkutan awam yang fleksibel, mudah dan cepat untuk pergerakan seharian. Sebelum ini, kemudahan sedia ada seperti teksi konvensional mengenakan cas tambang yang terlalu tinggi, manakala bas pula jarang didapati. Justeru, penduduk amat berharap jika syarikat melancarkan Uber di bandar – bandar tersebut kerana akan lebih memudahkan pergerakan dan perjalanan mereka seharian.

Dalam hal ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat tidak menghalang perkhidmatan Uber untuk membuat keputusan sama ada untuk meluaskan perkhidmatan mereka ke kawasan berkenaan. Tiada peraturan yang mengawal selia aplikasi atas talian tersebut walaupun peraturan dijangka diluluskan di Parlimen tidak lama lagi.


Apabila undang-undang dikuatkuasakan, perkhidmatan Uber boleh berkembang ke mana – mana kawasan kerana syarikat akan memohon lesen untuk beroperasi daripada Suruhanjaya tersebut. Sehubungan dengan itu, operasi Uber di ketiga – tiga bandar berkenaan dijangka akan beroperasi tidak lama lagi.