Uber berfungsi sebagai perantara dengan "Rider" dan "Driver" , dimana Rider adalah penumpang dan Driver adalah Pemandu untuk pergi ke satu destinasi.
Penumpang perlulah mengisikan infomasi kad kredit mereka ke dalam aplikasi Uber di mana bayaran akan di tolak secara automatik dari kad kredit pengguna sebelum meminta servis dari Pemandu Uber. Pemandu hanyalah perlu mengambil Penumpang dari lokasi terdekat kepada lokasi yang hendak dituju.
Selepas menaiki Uber, Pemandu dan Penumpang boleh memberi markah sepada sesama sendiri. Mendapat markah yang lemah berpanjangan akan menyebabkan seseorang dari diharamkan untuk mengunakan Uber sama sekali.
Uber dengan Teksi ?
Kereta
Uber mempunyai peraturan dimana hanyak kereta yang tidak melebihi 10 tahun dari digunakan untuk membawa Penumpang. Kereta perlulah bersih and bebas dari bau. Oleh itu, kereta Uber adalah jauh lebih selesa dari Teksi kebanyakan masa
Destinasi
Pemandu Uber juga tidak mempunyai pilihan untuk menolak destinasi Penumpang. Ini amat berbeza
dengan pemandu Teksi yang amat memilih destinasi mereka. Tetapi, Uber hanyalah berfungsi di bandar bandar besar di sekitar Malaysia.