Thursday, 15 December 2016

Uber Seremban


Menurut sumbat akhbar tempatan Berita Harian, Uber telah mencatatkan perkembangan yang pesat dan akan berkembang lagi di beberapa bandar lain. Sejumlah 8 bandar telah dikenal pasti walaupun belum diketahui umum. Uber kini beroperasi di bandar Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, Kota Kinabalu, Melaka, Pulau Pinang, Kuching dan Johor Bahru.

Pembukaan MRT baru di Sungai Buluh juga akan memperkembankan perkhidmatan Uber kerena lebih banyak pemandu akan memilih untuk mengunakan pengakutan awam. Ini akan membuka permintaan baru terutamanya di "First Mile" dan "Last Mile" sebelum dan selepas seseorang memilih MRT sebagai pengangkuan mereka.

Tuesday, 29 November 2016

UBER: FIFO

Uber Malaysia telah membuat implimentasi untuk pengunaan sistem FIFO di KLIA2 dan KLIA. Sistem First In First Out (FIFO) bermaksud mereka yang datang dulu akan mendapat rider dulu. Ini adalah seperti sistem beratur semasa membuat bayaran di kaunter.
Setelah ada sampai ke KLIA ataupun KLIA2 Driver akan mendapat nombor giliran mereka. Nombor yang ada dapat akan menunjukan berapa kereta yang sedang menungu di giliaran. Nombor ini adalah lebih senang untuk pemandu yang tidak mahu menungu terlalu lama di KLIA ataupu KLIA2

Setelah mendapat nombor giliaran anda, dinasihati untuk tidak keluar jauh dari kawasan KLIA, jida tidak pemandu mungkin kena beratur lagi.

Fungi FIFO baru sahaja beroperasi dan masih dalam pembaikian,

Tuesday, 18 October 2016

Potensi Uber

KWAP melabur RM 124 juta di Uber


Apakah potensi Uber ? 

Menurut sumber akbhar tempatan yang depetik dari TheStar, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) telah melabur sebanyak RM 124 ataypun 30 juta USD di dalam perniagaan Uber pada tahun 2015.  Pelaburan untuk Uber adalah untuk jangkamasa panjang dan strategik kerana Uber mempunyai potensi yang tinggi.
Menurut CEO KWAP Datuk Wan Kamaruzan Wan Ahmad, "Sektor teknologi adalah satu sektor yang diterokai oleh pihap KWAP". KWAP mempunyai dana sebanyak RM 123 billion dimana lebih kurang 90 peratus dari dana dilaburkan kepada aset dan saham yang memberi pendapatan tetap
Langkah yang diambil oleh KWAP dilihat memberi impak yang positif kepada Uber kerana ia sudah mulai diterima umum oleh Rakyat Malaysia.


Sementara itu , antara pelabur yang melabur besar dalam Uber adalah dari Arab Saudi yang melaburkan 3.5 USD dollar billion ke Uber. Khazanah juga dilaporkan mempunyai pelaburan yang tidak langsung di Uber


Monday, 17 October 2016

Surge Pricing




Uber telah menghentikan pengunaan "Gauranteed Rates" dan kini ia telah ditukar kepada "Surge Rates". Surge Rates akan berlaku di masa yang super busy dimana permintaan untuk Pemandu lebih dari penumpang yang sedia ada. Dengan surge rate, jadual permandu Uber lebih flexible kerana tidak perlu memenuhi jadual memandu. Pemandu Uber boleh memilih untuk memandu di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi dan ini adalah lebih berbaloi dengan masa yang digunakan untuk memandu. Secara umumnya, surge pricing biasa berlaku pada waktu pagi dimana kebanyakan penumpang pergi atau malam apabila penumpang pulang dari kerja.  Pemandu boleh melihat kawasan yang mempunyai permintaan tinggi dari aplikasi Partner Uber app mereka

Penumpang Uber mempunyai kebebasan untuk bersetuju dengan bayaran yang dikenakan apabila Surge Pricing dikena.

Monday, 20 June 2016

Bekas Menteri menjadi pemandu Uber

Tan Sri Abdul Wahid Omar, bekas Menteri dari Jabatan Perdana Menteri dan bekas CEO Maybank pula menjadi Pemandu Uber.  Oleh kerana kereta beliau telah lebih dari 10 tahun, beliau memandu kenderaan Proton Perdana yang terbaru. Dengan mengunakan kenderaan yang disewa, beliau memandu di sekitar jalan di Putrajaya.  




Tuesday, 14 June 2016

Buat duit raya dengan UBER !

Buat kerja tepi di bulan yang mulia ini untuk duit Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. 

Uber semakin berkembang dengan permintaan yang semakin meningkat. Anda boleh membuat perdapatan sampingan degan memandu pada bulan Ramadan.  Disamping itu Uber juga telah membuat paraduan dimana anda boleh memenangi RM50 setiap minggu dengan menTag rakan ada di Facebook.


Thursday, 5 May 2016

Gaurantee rates untuk pemandu Uber pada hari Ibu


Pihak Uber sentiasa akan membuat promosi dalam bentuk "Guarantee Rates" bagi menggalakan pemandu Uber supaya memandu. Guarantee rates ini boleh dicapai jika memamdu di Core Service Areas untuk Uber. Berikut adalah jadual untuk pendapatan jaminan Uber bagi 6 Mei hingga ke 8 Mei 2016. 


Wednesday, 27 April 2016

Tips untuk menjana pendapatan tinggi untuk Uber

Uber Core Area

Uber membayar lebih kepada pemandu yang selalu di core areas. Ini adalah kawasan di mana terdapat ramai penumpang Uber. Sebagai pemandu , walaupun kita tidak boleh memilih destinati penungang, pemamdu perlu sentiasa untuk selalu memandu di kawasan core areas.


Di antara kawasan yang mempunyai permintaan Uber yang tinggi adalah,


  • Petaling Jaya
  • Bandar Utama, Damansara atau TTDI
  • Bangsar dan Bangsar South
  • Pusat Bandar Kuala Lumpur
  • Ampang

Uber akan sentiasa menghantar SMS kepada pemandu untuk memberitahu mereka di mana kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi.

Kawasan pengambilan penumpang yang tertinggi di Lembah Klang


  • Universiti Malaya
  • Tropicana Citi mall
  • Jaya One
  • Eastin Hotel Business park


Thursday, 14 April 2016

Rating Uber

Cara-cara untuk mengesahkan "Rating Uber" untuk pemandu. 

Sebagai pemandu Uber berhemah, kita hendaklah melihat Uber sebagai pekerjaan untuk jangka masa panjang. Bagi seorang pemandu, "Rating Uber" adalah amat penting sekali. Rating ini diberi oleh penungang kepada pemandu. Pemandu juga boleh memberikan rating tetapi kita akan fokus kepada pemandu.

Cara Cara mengekalkan Rating Pemandu

Setiap pemandu bermula dengan rating 5 bintang. Setiap rating baru yang diberikan oleh pemupnang akan ditambahkan dan purata semua rating akan diangap sebagai rating anda. Untuk menjaga rating anda

  • Selalu sampai untuk mengambil penumpang pada masa yang tepat. Jika anda lewat, telefon penumpang untuk memberitahu mereka
  • Selalu menyemak alamat pemumpang supaya tidak sampai ke tempat yang salah

Jika rating pemandu seseorang jatuh teruk, pemandu mungkin terjejas dan akaun uber pemandu boleh di berhentikan.

Jenis-jenis perkhidmatan Uber


Pengguna boleh download app Uber dari Google Play ataupun Apple Store secara percuma. Buat masa ini, semua bayaran Uber dibuat dengan mengunakan kad kredit. Oleh itu, pengguna perlulah mempunyai kad kredit mereka.

Terdapat berberapa jenis perkhidmatan Uber di Malaysia. Perkhidmatan ini diketagori dari jenis kenderaan yang dibawa oleh pemandu Uber.

Uber X

Uber X adalah kategori kenderaan asas untuk perkhidmatan Uber. Lazimnya ia juga cara yang termudah and termurah bagi penumpang untuk pergi ke sesuatu tempat. Kenderaan yang termasuk dalam kategori ini adalah termasuk kederaan seperti Perodua Myvi, Proton Saga ataupun Toyota Vios

Uber Xl

Uber XL adalah untuk kategori kenderaan yang lebih besar ataupun MPV. Kenderaan yang termasuk dalam ketegori XL adalah seperti Proton Exora, Nissan Grand Livina ataupu Toyota Avanza

Uber Black 

Uber Black adalah kategori yang termewah dan termahal bagi perkhidmatan Uber di Malaysia. Di antara kereta yang termasuk dalam kategori ini adalah seperti Toyota Camry, Honda Civic dan sebagainya.

Sunday, 10 April 2016

Pedapatan Pemandu Uber

Berikut adalah petikan akhbar dari Malaysiadigest.com. Ya, Uber memang boleh menjana pendapatan yang lumayan. 

Keratan akbhar dari Malaysiadigest.com

Terdapat juga banyak berita-berita lain yang menunjukan pendapatan tinggi pemandu Uber. Uber boleh memberikan pendapatan yang tinggi jika seorang pemandu bekerja keras dengan memandu di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi. 

Uber juga boleh digunakan untuk menjanakan pendapatan sampingan yang lumayan. 


Berikut adalah Jadual Pendapatan Uber.  Pemandu Uber mendapat 80% dari apa yang dibayar oleh penumpang. Selain dari pendapatan penumpang, Uber juga membayar tambahan kepada pemandu yang memandu di kawasan popular Uber. 

Apa Itu Uber

Uber adalah satu App yang boleh didapati di platform IOS ataupun Android. Konsep Uber adalah seperti Teksi in Malaysia.

Uber berfungsi sebagai perantara dengan "Rider" dan "Driver" , dimana Rider adalah penumpang dan Driver adalah Pemandu untuk pergi ke satu destinasi.

Penumpang perlulah mengisikan infomasi kad kredit mereka ke dalam aplikasi Uber di mana bayaran akan di tolak secara automatik dari kad kredit pengguna sebelum meminta servis dari Pemandu Uber. Pemandu hanyalah perlu mengambil Penumpang dari lokasi terdekat kepada lokasi yang hendak dituju.

Selepas menaiki Uber, Pemandu dan Penumpang boleh memberi markah sepada sesama sendiri. Mendapat markah yang lemah berpanjangan akan menyebabkan seseorang dari diharamkan untuk mengunakan Uber sama sekali.

Uber dengan Teksi ? 

Kereta


Uber mempunyai peraturan dimana hanyak kereta yang tidak melebihi 10 tahun dari digunakan untuk membawa Penumpang. Kereta perlulah bersih and bebas dari bau. Oleh itu, kereta Uber adalah jauh lebih selesa dari Teksi kebanyakan masa

Destinasi


Pemandu Uber juga tidak mempunyai pilihan untuk menolak destinasi Penumpang. Ini amat berbeza
dengan pemandu Teksi yang amat memilih destinasi mereka. Tetapi, Uber hanyalah berfungsi di bandar bandar besar di sekitar Malaysia.

Meter

Pemamdu Uber tidak boleh meminta apa apa bayaran lebih dari Penumpang selain dari apa yang di sasarkan di aplikasi Uber. Ini amat berbeza dari Teksi yang tidak sukakan pengunaan meter.

Adakah Uber selamat ? 

Bukan semua orang dapat menjadi pemandu Uber. Pemandu Uber harus memberi semua maklumat peribadi mereka kepada Uber. Ibu pejabat Uber juga boleh mengesan semua pemamdu mereka dari panggunaan GPS.